Hebatnya kuasa bersedekah itu sebenarnya.
Dalam kehidupan seharian kita digalakkan untuk bersedekah. Ianya adalah satu perbuatan yang dilakukan dengan hatii yang ikhlas tanpa sebarang paksaan. Tambahan pula, banyak kelebihannya amalan bersedekah ini. Antaranya ia dapat menggembirakan mereka yang kurang berkemampuan, seterusnya bagi yang bersedekah itu, akan mendapat ganjaran dan pahala di sisi tuhan.
Baru baru ini, tular di facebook perkongsian dari seorang lelaki yang dikenali sebagai Zurizwan Zulkifli yang telah berkongsi satu kejadian yang tidak disangka sangka terjadi keatas dirinya. Saat dia berkenalan dengan lekaki yang kurang sivman.
“pergi..pergi…perggi”
Menerusi perkongsian dari Zurizwan, pada awalnya dia melihat lelaki ini seakan dihalauu dari tuan kedai kerana meminta minuman. Pada fikirannya mungkin tuan kedai tidak suka akan kehadian lelaki ini yang mungkin menggangu pengunjung lain yang sedang menikmati hidangan.
Sedihh melihat lelaki terbabit diperlakukan begitu, dia menjemput lelaki ini untuk duduk dan minum bersamanya. Tambah Zurizwan lagi, dia berkunjung ke kedai makan tersebut dengan tiga lagi ahli keluarganya. Dengan berbekalkan hanya RM20 dalam poket, dia membuat kira kira, jika ditambah lagi seorang dengan seorang dicas RM5 maka mencukupi untuk mereka. Jadi dia panggil lelaki ini untuk duduk bersama.
Masa nak bayar, ruapanya ada Hamba Allah yang dah bayar
Ketika ingin membuat pembayaran, Zurizwan terkejut apabila mendapat tahu yang ada individu yang tidak dikenali telah membayar makan minum dia.
“Sampailh masanya nak buat bayaran, Tuan kedai kata dah slesai bayar dek seorang kenalan. Alhamdulillah rezeki dalam Ambo baru Niat nak bersedekah”
Disebabkan ada berbaki wang RM20, Zurizwan ingin membungkus makanan untuk dibuat bekalan. Tidak semena mena, datang pula kawan yang lain bayar untuk makanan dia sekali. Lagi sekali keajaiban tuhan.
“Ambo pun degnn 20riya lagi baki, mintk Tuan kedai bungkus pulak nak wat bekal bekal hujan. Dalam masa sama tu jugak masuk seorang kenalan nak beli makan. Kuasa Tuhan, dibyarnya yang dia, sekali pulak dengan yang Ambo tapau tu Tuan. Allahu”
Salam dan mintak maaf serta ucap terima kasih
Selesai sahaja makan minum, lelaki kurang sivman ini tadi minta diri untuk beredar. Dengan penuh hormat. Dihulurkan tangan untuk bersalam dan diucapkan terima kasih serta mintak maaf. Katanya, manatahu kalau tiba tiba aj4l datang, tak sempat nak mintak maaf.
Tersentak dengan kata kata lelaki ini, Zurizwan berkongsi yang dia yang sepatutnya ucap terima kasih. Kehadiran lelaki kurang sivman ini ternyata telah menunjukkan keajaiban bersedekah kepada dirinya. Datang ke kedai dengan RM20, balik pun RM20 tapi dengan perut yang sudah berisi siap dengan bekal lagi. Allah.
“Ambo masuk kedai bawak 20riya, Ambo tubik pun dengan 20riya perut kenyg, siap bwk balik mknan, Kuasa Allah dalam Niat jah Tuan.”
Hasil dari perkongsian Zurian ini, telah mendapat reaksi yang memberi impak kepada warganet. Ramai antara mereka yang memuji tindakan dia dan ramai yang mengiyakan bahwa amalan bersedekah itu satu amalan yang terpuji serta mulia di sisi tuhan.
Komen warganet
Azlliza Arifin Allah kata doh, takkan papa orang yang bersedekah, semoga Allah murahkan rezeki kita..amin
Dafi Chicanos kalau aku nampak orang macam ni pon aku belanja, takde hal lah. dalam rezeki kita ada rezeki org lain. semoga kamu dimurahkan lagi rezeki.
Fiz Hafiz Terbaik boh, kito kebetulan jumpo dio kat hutan putih hari tu. bagi laa sikit pitih buat beli rokook. sebelom blk melako. apo pon dio gilo. dia tetap manusia mcm kito jugok
Sumber FB Zurizwan Zulkifli
Selepas baca perkongsian dari Zurizwan ternyata dalam bersedekah itu, terselitnya keajaiban yang tidak disangka sangka. Betullah apa yang orang kata, buat baik di balas baik.
Syabas kepada saudara Zurizwan kerana telah menunjukkan tauladan yang baik. Semoga rezeki saudara dilampah gandakan lagi.
Moga selepas ini kita pula diberi kesempatan untuk bersedekah dan membantu orang lain tidak kira siapa pun dia.
Moga bermanfaat. Apa pula komen anda? Jangan lupa klik like dan share serta follow page bagi lebih cerita menarik viral dan semasa di hujung jari anda.