“Siap Timbang Setiap Kotak Untuk Bagi Adil Semuanya” Imbau Kembali Video Seorang Ayah Yang Mengirim Buah Buah Buat Anak Anak Sentuh Hati Warganet

Sifatnya ibu ayah ini, dia sentiasa ingat anak anak yang berada di perantauan. Setiap hari pasti akan memikirkan tentang mereka. Tambahan pula, sekarang sedang musim buah buahan.

Kalau dulu, mungkin anak anak sudah pulang ke kampung untuk menikmati buah buahan yang ada di kebun. Walaupun tidak banyak, tapi momen sedemikian yang akan jadi memori indah yang pasti diingati selalu.

Begitulah yang ditunjukkan dalam sebuah video yang tular baru baru ini. Seorang ayah gigih membungkus buah buahan buat anak anak yang berjauhan. Video tersebut telah dimuat naik di aplikasi tittok milik pengguna dikenali sebagai shopeeka.

Timbang setiap satu untuk bagi adil..

Dalam klip video yang tular tersebut, kelihatan seorang ayah ini mengutip sendiri buah rambutan dan menimbang setiap kotak agar diagihkan sama adil untuk anak anak dan cucunya.

Akibat lama sangat anak anak tak balik…

Bukan itu sahaja, pak cik ini turut mengeringkan sendiri buah gelugor untuk dijadikan asam keping dan dibungkus sekali dengan buah rambutan tersebut untuk diposkan kepada anak anak.

Melihat dari klip video yang dikongsikan itu, warganet mengakui sifatnya seorang ayah sememangnya begitu.

Tidak kurang juga ada yang berasa sebak melihat kepada kegigihan individu yang bergelar ayah ini.

Auto sedihh kalau bab bab ayah ni, tak boleh tengok

“Mak ayah memang macam ni, walau sebiji durian pun, dia nak semua anak merasa”

“Sedihhnya tengok, dah berapa lama tak balik kampung”

Klip video asal boleh ditonton di pauntan ini. Kredit Tittok shoppeka

Begitulah semua, wataknya seorang ayah. Biarpun jarang sekali menunjukkan sifat penyayang tu, tapi kalau sekali tunjuk ternyata boleh menusuk kalbu.

Ayuhlah kita berdoa agar wabakk ini segera hilang supaya kita semua boleh pulang melihat orang tua di kampung.

Apa pula pendapat korang? Jangan lupa share dan like selepas baca.

Leave a Reply

Your email address will not be published.