“Tak Perasan Ada CCTV Merakam, Telatah Lelaki Ini Cuit Hati Warganet”

Selepas seharian bekerja, pasti akan terasa penat dan lelahnya.

Seringkali kita diingatkan untuk melakukan pergerakan dan senaman bagi mengurangkan tekan4n atau penat sewaktu bekerja.

Namun, baru baru ini tular satu video lucu yang memaparkan gelagat seorang rider semasa menghantar pesanan pelanggan. Video terbabit telah menarik perhatian ramai di TikTok.

Menerusi klip video yang dimuat oleh seorang pengguan yang dikenali sebagai itsme.mohdazman itu, kelihatan lelaki tersebut sedang berdiri di hadapan pintu setelah selesai melaksnakan tugasan.

Namun, tidak semena mena, lelaki berkenaan berjoget mengikut rentak yang terkenal di Tiktok. Difahamkan, lelaki tersebut tidak menyedari bahawa terdapat CCTV berada di tempat berhamoiran yang merakam aksi dia sedang berjoget.

Ternyata, tingkah laku lelaki ini mendapat perhatian ramai warganet. Ada antara mereka yang terhibur melihat telatah lelaki itu. Ada juga yang berkata kalau bekerja kena happy kan.

Antara komen warganet.

“Bersenam, lenguh naik tangga”

“Haha, comel abang panda, hilang str3ss dia”

“hehehe, comel je. Mungkin itu cara dia untuk menghilangkan p3natdan bagi dia semangat untuk cari rezeki”

“Hahaha, teruslah menghiburkan hati waktu kerja supaya terus dapat energy p0sitif”

Klip video asal di bawah.

Sumber: TikTok @itsme.mohdazman, Ohmymedia

Biasalah, mungkin sudah seharian bekerja dan penat mendatang maka terfikirlah cara ini untuk mengurangkan rasa p3nat itu di samping menghiburkan hati. Tambahan pula, kena menapak naik tangga untuk menghantar pesanan tu.

Apa pula komen korang? Kongsikan bersama kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published.